|
" Saya berpuashati dengan program yang dikendalikan oleh RK Training. Mereka memberi input yang pelbagai, kreatif, interaktif dan menyeronokkan. Pelajar mendapat banyak manfaat dan pengetahuan untuk digunakan dalam pembelajaran.”
( Puan Azura, Kaunselor Sek. Seri Puteri (SBP) Cyberjaya )
“Saya tertarik dengan konsep modul yang dibawa oleh RK untuk Pengawas dan PRS bahawa kuasa pemimpin di sekolah bukan pada jawatan tetapi melebihi semangat setiakawan.”
( Puan Tharwa, Kaunselor SMK Hillcrest )
“Kelebihan utama RK Training ialah pendekatan mereka yang lain dari yang lain, kreratif dan interaktif. Tip-tip yang dinerikan amat mudah dan praktikel. Pelajar dapat mengamalkan dengan senang dalam pemblejaran dan kehidupan harian mereka.”
( Puan Hajar, Kaunselor Sek. Seri Puteri (SBP) Cyberjaya )
“Kehebatan utama RK Training ialah terletak pada dynamism factor jurulatih-jurulatih mereka yang muda dan bertenaga. Malah pelajar tertarik dengan mereka kerana kelainan modul yang amat interaktif dan segar.”
( Puan Maznah, Kaunselor SMK Convent Jalan Peel, KL )
“Secara keseluruhannya, RK mempersembahkan program yang ringkas tetapi padat dengan pengisian berguna untuk para pelajar. Aksi pelajar amat memberangsangkan. Diharapkan program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.”
( Ustazah Mastura Mansor, Kaunselor SM (Agama) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan )
“Saya tak pernah dengar cara penyampaian yang lain dari yang lain oleh Abg Fadzli Yusof. Fasi-fasi pula sporting tetapi kami tetap berdisiplin kerana cara mereka yang tidak menyebabkan kami rasa bengang. Namun, kami tetap belajar banyak tip berguna untuk belajar”
( Peserta Kursus Bijak Belajar SMK Convent Jalan Peel )
“Rupanya menjadi PRS bukan sekadar ajak pelajar ke bilik kaunseling, tetapi yang paling penting ialah membimbing mereka melalui kuasa persahabatan.”
( Peserta Kursus Tahap 2 PRS SMK Hill Crest )
“Melalui program bersama RK training, saya mempelajari bahawa kuasa utama mnejadi pemimpin bukan di jawatan, tetapi bermula dari sikap kita sendiri yang mesti menjadi kawan kepada semua orang”
( Peserta Kursus Pemimpin Wibawa SMK Pandan Mewah )
“Saya bersyukur kerana berpeluang menyertai program yang best sangat-sangat bersama RK Training. Saya mula sedar, semua layak menjadi pemimpin hebat!”
( Peserta Kursus Pemimpin Wibawa SMK Taman Melawati )
“Semua best! Semua seronok! Kami banyak belajar dan sedar keupayaan diri. Banyak memberi impak positif kepada kami. Fasi-fasi semua best dan cool!”
( Peserta Kem Excel PMR Sek. Seri Puteri )
“Program ini sangat menarik dan mempunyai pelbagai corak yang dapat menarik minat kami untuk mencapai matlamat. Mesej yang disampaikan melalui modul dan aktiviti sungguh seronok dan tidak pernah kami alami sebelum ini. Saya dah mula yakin dan tak sabar untuk menghadapi peperiksaan!”
( Peserta Kem Excel SPM Sek. Seri Puteri Cyberjaya )
|