>>> : Laman Utama arrow Perunding Kami

Perunding Latihan & Motivasi PDF Print E-mail

Hj. Ahmad Fadzli Yusof ( Penasihat )  Image

  • Penasihat di RK Training & Management
  • Merupakan Setiausaha Agung kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) UIA dan Sarjana Perbandingan Undang-Undang (MCL) juga di UIA. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D.
  • Menjadi penceramah Segmen Remaja di radio IKIM.fm
  • Muncul dalam Radio 24 (www.radio24.com.my) memberikan klip motivasi audio.
  • Sejak 2008, beliau menjadi motivator dalam rancangan Motivasi Pagi terbitan TV3 dan Motivasi Murid untuk TV9.
  • Juga sebagai motivator di RTM dalam rancangan Stylo, Permata Hatiku, dan rancangan U Remaja.
  • Sudah menghasilkan lebih 25 tajuk buku berkaitan bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM)
  • Antara judul buku: Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya, 55 Petua Kerja Berpasukan, 55 Petua Seronok Bekerja (Bersama Motivator terkenal- Datuk Dr Fadzilah Kamsah), Resipi Kejayaan untuk Pekerja Cemerlang, dan Resipi Kejayaan untuk Eksekutif.
  • Buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca 2008 oleh Berita Harian-Popular Bookstores.
  • Bukunya telah terjual lebih 100,000 naskhah di pasaran.
  • Telah berkongsi idea sukses dengan puluhan ribu yang pernah mengikuti ceramah dan program kendaliannya.
  • Buku Mengurus Kerja dan Waktu dijadikan bahan rujukan untuk Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
  • Seorang Certified NLP Practitioner dan mendapat tauliah daripada National Federation of Neuro Linguistic Programming yang berpusat di California, Amerika Syarikat.
  • Sedang menyiapkan kajian PhD dalam bidang pembangunan insan.
  • Pernah menjadi kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita. Sekarang mengendalikan ruangan Tip Pelajar dan Soal Jawab Kepimpinan dalam majalah e-Siswa terbitan Karangkraf dalam Panduan Pelajar dan Soaljawab Kepimpinan Pelajar.
  • Pernah terpilih sebagai personaliti pilihan untuk Majalah i, Anis, Pa & Ma, Mingguan Wanita, Nur dan Berita Harian.
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan tenaga akademik di IPTA.
  • Beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al Mubarak, Hiwar, hingga ke Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa.
  • Layari blog Fadzli Yusof di www.fadzliyusof.com

 ImageImageImageImage
ImageImageImage

 

Amin Idris  Image

  • Perunding Latihan dan Motivasi di RK Training, pengkhususan dalam latihan kepimpinan dan komunikasi
  • Merupakan AJK kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
  • Memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) UIAM dan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Kaunseling juga di UIAM.
  • Berpengalaman luas mengurus dan mengendalikan lebih 300 kursus kepimpinan, belajar dan motivasi di seluruh negara.
  • Menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa dan PDA Mesyuarat Berkesan.
  • Berpengalaman sebagai wartawan sambilan, aktif menulis di akhbar-akhbar harian, majalah dan laman-laman web. Siswazah undang-undang UIA ini mempunyai pengalaman luas dalam menganjurkan program dan melatih dalam bidang kepemimpinan remaja dan belia.
  • Muncul di Radio 24 (93.9) sebagai tetamu jemputan menyampaikan motivasi kepimpinan dan Radio Traxxx.fm (90.3) menyampaikan tazkirah dalam Bahasa Inggeris.
  • Berpengalaman sebagai pengacara di RTM 1.
  • Menulis skrip untuk TV Pendidikan dan menjadi pengacara di rancangan-rancangan TV Pendidikan TV9 di bawah Media Prima.
  • Merupakan tenaga akademik di sebuah IPTA tempatan.
  • Layari blog Amin Idris di www.aminidris.com

ImageImageImage
Image

 

Hj. Abdul Razak Abdul Muthalib Image

  • Perunding Latihan dan Motivasi di RK Training dan Pengkhususuan dalam bidang Motivasi dari Hadis dan al-Qur’an.
  • Memiliki Sarjana Muda Kepujian Ilmu Wahyu & Sains Politik, kemudian menjadi antara 6 orang pelajar Malaysia yang dipilih untuk mengikuti pengajian di Institute for Training of Imams and Preachers, Muslim World League, Saudi Arabia. Semasa di sana, berjaya menduduki top 5 daripada keseluruhan pelajar yang mewakili negara masing-masing.
  • Menyambung pengajian di peringat Sarjana (Master) di UIA, dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  • Telah menulis 5 buah buku iaitu Resipi Kejayaan Untuk Remaja (2004), Resipi Kejayaan Untuk Pengawas (2005), Resipi Kejayaan Untuk Ketua Biro (2006), Resipi Kejayaan Untuk Bendahari (2006) dan Panduan Dan Asas (PDA) Mengurus Masa (2006).
  • Menghasilkan puluhan artikel dan kertas kerja dan sebahagiannya pernah disiarkan di akhbar Utusan Melayu dan Majalah i, terbitan Karangkraf Sdn. Bhd
    Terlibat dengan panel penterjemah (Bahasa Arab – Bahasa Melayu) di bawah Syarikat Karangkraf. Panel penterjemah ini telah berjaya menghasilkan terjemahan koleksi fatwa hukum hakam Islam daripada para ulamak.
  • Pada tahun 2007, pihak Open Universiti Malaysia (OUM) telah dilantik sebagai penulis modul untuk program baru yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian, untuk subjek ‘Ulum al-Quran & ‘Ulum al-Hadith.
  • Banyak memenuhi jemputan ceramah dan mengendalikan program-program latihan di peringkat belia dan remaja.
  • Layari blog Abdul Razak di www.abdulrazak.com

ImageImageImage