Menu Utama

ju.jpg

BLOG Perunding

>>> : Laman Utama

INFO SYARIKAT

RK TRAINING & MANAGEMENT telah ditubuhkan pada tahun 1999 dengan nama Albasuti Training Consultant dengan tujuan untuk menawarkan khidmat latihan profesional untuk para pelajar, belia dan remaja; terutama sekali di sekolah dan IPT.

Pada tahun 2005, namanya telah ditukar kepada RK Training & Management, bersempena dengan munculnya 15 judul buku Resipi Kejayaan (RK) tulisan para trainer kami. Kami telah menjalankan program di ratusan buah sekolah dan IPT, dengan puluhan ribu pelajar yang telah menyertainya. 

Program utama RK Training ialah Seminar Memori Pantas SuperStudy. Ia adalah program motivasi dan teknik belajar yang mudah, praktikal dan seronok untuk disertai. Banyak komen dan testimoni yang kami perolehi daripada para guru, ibubapa dan peserta tentang Program SuperStudy setelah melihat perubahan positif yang di luar jangkaan mereka sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Motivasi SuperStudy, sila KLIK DI SINI. 

Teknik ini juga pernah menjadi paparan semua di TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika ditemuramah oleh Sdr Ally Iskandar dalam satu sesi temubual eksklusif bersama pengasas teknik memori ini, iaitu Tn Hj Fadzli Yusof. Untuk video tersebut, sila KLIK DI SINI.  

Maklumat lengkap mengenai Seminar Memori Super Study ini ada di laman web www.motivasisuperstudy. com